Selasa, 12 Ogos 2008

Isnin, 11 Ogos 2008

NOTA

PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Jenis-jenis iklim dunia

1. Iklim dunia dibahagikan kepada :

a)Zon Panas

- Merangkumi kaw garis lintang 300 U

hingga 300 S.

- Iklim yang terdapat di zon panas ialah

iklim Khatulistiwa. Iklim Monsun Tropika,

iklim Gurun Panas,iklim Sudan/Savana

b)Zon Sederhana

- Terletak diantara garis lintang 300U hingga 650U dgn 300S hingga 650S

- iklim yg terdpt disini ialah iklim jenis China, Steppe,Mediterranean, Jenis Laurentia, jenis Siberia dan jenis British.

c)Zon Sejuk

- terletak diantara garisan lintang 650U hingga 900U dengan 650S hingga 900S

- terdapat iklim jenis Artik dan Tundra

Pengaruh cuaca dan iklim terhdp cara hidup.

Iklim di Gurun Thar

1.Mengalami iklim gurun panas yg panas & kering sepanjang tahun

2. Hujan tahunan kurang 250mm krn terletak dikaw lindungan angin MTL dan MBD.

3. Musim sejuk ( bulan Nov hingga Feb) kaw gurun Thar mengalami min suhu 80C hingga 280C manakala semasa musim panas ( Mei hingga Jun ) min suhu mencecah 500C

4. Julat suhu harian yg dialami Gurun Thar sangat tinggi iaitu 220C hingga 320C.Keadaan ini disbbkan langitnya yg tidak berawan.

5. Pd waktu siang suhu di gurun Thar sgt tinggi.krn langit yg tidak berawan menyebabkan cahaya terik matahari sampai kepermukaan bumi tanpa halangan.

6. Pada waktu malam suhu diGurun Thar sgt sejuk krn bumi kehilangan haba dgn cepat disebabkan langit yang tidak berawan.

7. Fros ( ibun ) sering berlaku pada bulan Januari iaitu semasa musim sejuk kerana suhunya yang sgt rendah.

8. Ribut pasir yg dikenali sbg ‘andhi’ adalah fenomena yang biasa berlaku di Gurun Thar pada bulan Mei hingga Jun.

Cara Hidup Manusia Di Gurun Thar.

1. Penduduk diGurun Thar sgt kurang kerana iklimnya sgt panas dan kering.

2. Mereka terdiri drp orang-orang nomad yang menjalankan kegiatan menternak binatang

3. Antara binatang yg diternak ialah unta.kambing biri-biri,lembu dan keldai untuk susu , mengangkat barang dan manusia dan membajak tanih.

4. Sumber air sgt terhad dan sukar

5. Penduduk nomad berpindah-randah untuk mencari sumber air dan kaw rumput baru utk ternakan mereka.

6. Bagi mengatasi masalah air penduduk menakung air hujan dalam tangki atau empangan. Penduduk membina’ kundis’ atau ‘kunds’ iaitu tangki bawah tanah untuk menakung air.

7. Kegiatan pertanian terhad kerana tanih kering dan kurang subur.

8. Dibahagian selatan gurun Thar, terusan Rajastan telah dibina untuk meyalurkan air kpd penduduk untuk kegiatan pertanian

9. Penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian di Gurun Thar tinggal dipetempatan tetap.

10. Mereka menanam gandum,kapas,bijirin dan sayur-sayuran.Mereka juga menternak unta,kambing,biri-biri dan lembu.

11. Kegiatan pertanian yang dijalankan diGurun Thar mengikut perubahan musim :

a) Sebelum musim Monsun ( pertengahan bulan Mac – Pertengahan Jun ),

- Cuaca panas dan kering kelembapan udara rendah dan kadarsejatan tinggi.

- Kegiatan pertanian kurang atau tidak dijalankan.

b) Semasa Musim Monsun ( Pertengahan Jun – September )

- Hujan turun pada masa ini

- Tumbuhan hijau mula tumbuh

- Kerja menyemai benih mula dijalankan.

c) Selepas Musim Monsun ( Pertengahan September – pertengahan November )

- Pada musim ini tumbuhan hijau bertukar warna perang kekuningan

- Petani mula mengumpul hasil pertanian.

- Makanan ternakan dan biji benih dikumpul dan disimpan.

- Kambing dan biri-biri membiak.

Ciri Iklim Di Siberia ( Zon Sederhana )

1. Kaw Siberia mengalami iklim sejuk sederhana kebenuaan atau iklim Jenis Siberia.

2. Musim sejuk adalah panjang selama 6 bulan dan sangat sejuk ( -50C hingga -170C )

3. Musim panas pula adalah sederhana panas ( 150C hingga 200C dan singkat ( 4 bulan )

4. Julat suhu tahunan dikaw Siberia adalah sangat besar melebihi 300C

5. Jumlah kerpasan tahunannya sedikit iaitu kira-kira 500 mm.

Cara hidup manusia dikaw Siberia.

1. Iklim yang sejuk melampau menghadkan kegiatan pertanian.

2. Pertanian campur dijalankan dibahagian barat dan barat daya kerana iklimnya yang lebih panas.

3. tanaman utamanya ialah gandum,oat.rai,kentang dan fleks.Penternakan lembu susu lembu daging, ayam dan itik dijalankan disini.

4. Kegiatan menjerat dan memburu binatang seperti tupai,musang.rubah dan beruang dijalankan oleh kaum Samoyet dan Yakut untuk mendapatkan bulu.

5. Kerja menjerat binatang dijalankan pada musim sejuk kerana pada musim ini bulu binatang tersebut tebal dan mudah diumpan kerana kekurangan makanan.

6. Pembalakan merupakan kegiatan ekonomi yang utama dikaw utara kerana terdapat Hutan konifer yang banyak.

7. Hutan konifer menghasilkan pelbagai pokok kayu lembut seperti larch,pain, cedar dan fir yang digunakan untuk membuat perabut,pulpa dan kertas.

8. Kerja menebang dilakukan pada musim sejuk kerana getah pokok menjadi beku dan pokok mudah ditebang.Selain daripada itu tanah juga menjadi beku dan licin memudahkan pokok diheret ke sungai.

9. Aktiviti perlombongan juga penting kerana kaw ini kaya dengan sumber mineral seperti petroleum, gas asli, emas, kuprum, batu permata dan arang batu.

Ciri iklim dan cara hidup di Greenland ( Zon Sejuk )

1. Terletak berhampiran Khutub Utara dan merupakan pulau terbesar di dunia.

2. Mengalami iklim artik atau iklim tundra yang sejuk dan kering sepanjang tahun.

3. Terdapat dua musim yang nyata iaitu musim sejuk dan musim panas.Musim bunga dan musim luruh tidak dialami kerana musim panas bertukar menjadi musim sejuk dengan cepat.

4. Musim sejuk panjang dan amat sejuk. Suhunya dibawah takat beku iaitu -40C hingga -220C.

5. Pada musim sejuk( Okt – Apr ) permukaan bumi di Greenland diliputi salji tebal selama 7 bulan dlm setahun.

6. Musim panasnya ( Mei – Sept ) adalah pendek dan sederhana sejuk. Suhunya antara 10C hingga 50C.

7. Jumlah kerpasan di Greenland adalah kurang daripada 250mm setahun. Kebanyakan kerpasannya turun dalam bentuk salji.

8. Ribut salji dan angin kencang ( kira-kira 209 km sejam ) biasa berlaku pada musim sejuk.

9. Greenland mengalami 24 jam waktu siang pada bulan Jun – Ogos dan dikenali sebagai “ tanah matahari pada tengah malam “

CARA HIDUP MANUSIA DI GREENLAND ( ZON SEJUK )

1. Penduduk utama Greenland terdiri daripada orang Eskimo atau Inuit yang hidup berpindah randah mengikut perubahan musim.

2. Pada musim sejuk mereka tinggal di dalam iglu ( rumah salji ) dikaw pinggir laut. Pada musim panas mereka berpindah ke kawasan pedalaman dan tinggal di dalam tupik ( khemah kulit binatang )

Iglu




Tupik




Kayak

3. Permukaan tanah dikaw ini yang diliputi salji tebal hampir sepanjang masa

Mengehadkan aktiviti pertanian.

4. Kegiatan pertanian seperti menanam kentang,sayur-sayuran,bunga-bungaan hanya dijalankan dibahagian selatan Greenland yang mengalami musim panas yang panjang ( min suhu kira-kira 100C.

5. Penternakan biri-biri juga merupakan kegiatan ekonomi yang penting dibahagian selatan Greenland.

6. Di daerah Nuuk yang terletak di selatan Greenland,penternakan rusa dijalankan untuk mendapatkan daging,kulit dan susunya.

7. Orang Eskimo menggunakan andur salji iaitu sejenis kenderaan yang ditarik menggunakan anjing huski sebagai kenderaan pada musim sejuk.




Andur salji

8. Cara hidup orang Eskimo bergantung sepenuhnya kepada pemburuan binatang. Pada musim sejuk mereka memburu anjing laut, singa laut, karibu, musang dan serigala untuk mendapatkan daging sebagai makanan.

9. Orang Eskimo menggunakan harpoon dan senapang sebagai senjata untuk memburu.

10. Pada musim panas mereka menangkap ikan di laut seperti ikan kod,salmon dan paus.

11. mereka menggunakan kayak ( perahu kecil ) dan umiak ( perahu besar ) untuk menangkap ikan dikaw pinggir laut.

12. Pada masa sekarang keadaan orang Eskimo dan semakin maju. Mereka menggunakan peralatan elektrik dan menggunakan kereta salji berenjin atau skuter untuk bergerak

13. Mereka juga menternak karibu untuk susu dan daging.

PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN EKONOMI DI MALAYSIA

1. Iklim Khatulistiwa menggalakkan pelbagai tananan seperti padi,getah , kelapa sawit dan koko.

2. Suhu yang rendah iaitu kira-kira 180C di Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang menggalakan penanaman pelbagai jenis tanaman hawa sederhana.

3. Hujan tahunan kira-kira 2600mm membolehkan penanaman padi dijalankan secara giat contohnya Dataran Kelantan dan Dataran Kedah-Perlis.

4. Kegiatan menorah getah tidak dapat dijalankan selepas hujan lebat kerana susu getah akan melimpah dan tidak memasuki mangkuk susu getah.

5. Pada bulan Nov – Mac nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia tidak dapat turun kelaut kerana laut bergelora pada MTL.

6. Oleh sebab itu kegiatan menangkap ikan hanya bertumpu dikaw pinggir pantai sahaja.Sesetengah nelayan melakukan aktiviti lain di darat seperti membaiki bot dan jala yang rosak.

7. Kegiatan menangkap ikan dapat dijalankan sepanjang tahun di Pantai Barat kerana tidak dipengaruhi oleh tiupan angina MTL

8. Kegiatan pembalakan sukar dijalankan pada musim hujan kerana keadaan cerun bukit di kaw hutan terdedah kepada bahaya tanah runtuh.

9. Kerja-kerja menjemur ikan, mongering kelapa, dan menjemur biji koko dilakukan dibawah cahaya terik matahari semasa keadaan cuaca panas dan cerah.

PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Cuaca Dan Iklim

1.Kegiatan manisia di dunia ini telah membawa banyak kesan terhadap cuaca dan iklim .

Peningkatan suhu bumi.

1. Suhu bumi meningkat setiap tahun dan diramal akan meningkat 30C menjelang tahun 2040

2. Peningkatan ini disebabkan oleh pertambahan bahan-bahan pencemar di udara seperti karbon monoksida, hidrokarbon, oksida nitrogen, habuk dan debu.

3. Perindustrian yang pesat, pembakaran bahan api fosil, pelepasan asap kenderaan, dan pembakaran terbuka dapat menghasilkan bahan-bahan pencemar udara.

4. Bahan-bahan pencemar tersebut akan menerima dan menyerap sinaran matahari gelombang pendek dengan banyk ke bumi. Keadaan ini menyebabkab suhu bumi semakin meningkat.

5. Kegiatan penebangan hutan yang berleluasa akan meningkatkan suhu bumi. Keadaan ini berlaku apabila bumi dipanaskan secara terus oleh matahari tanpa halangan daripada tumbuhan.

6. Kekurangan tumbuhan akan menyebabkan proses fotosintesis terganggu dan ini akan menyebabkan kandugan korbon dioksida dalam udara semakin meningkat.

7. Gas Karbon dioksida akan memerangkap dan menyerap haba dari permukaan bumi. Keadaan ini menyebabkan suhu udara semakin meningkat.

8. Peningkatan suhu bumi akan menyebabkan berlaku fenomena seperti berikut:

a) Pencairan ais dan glasier di kutub

b) Kenaikan aras laut

c) kemarau berpanjangan

d) Kemerosotan hasil pertanian

e) Banjir di kawasan rendah

f) Ribut tropika yang dahsyat

Kesan Rumah Hijau

1. Ia adalah satu fenomena di mana banyak haba yang terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat.

2. kegiatan manusia seperti pelepasan asap kenderaan, kilang industri,pembakaran hutan dan bahan api fosil talah menghasilkan gas-gas rumah hijau spt karbon dioksida, kloroflorokarbon,metana, dan nitrus oksida.

3. Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan gas-gas rumah hijau ialah :

a) pembalakan, pembakaran terbuka, dan pengeluaran asap daripada kenderaan telah menambahkan kandungan karbon dioksida.

b) pereputan bahan organic daripada aktiviti pertanian dan penternakan talah melepaskan gas metana.

c) pelupusan sampah sarap pula mengeluarkan gas metana dan nitrus oksida.

d) penggunaan bahan aerosol dan peti sejuk telah melepaskan CFC ( kloroflorokarbon)

4. Pertambahan gas-gas rumah hijau yang bertindak utk menyerap haba dan memerangkap bahang bumi didlm admosfera meningkatkan suhu bumi.

5. Peningkatan suhu bumi akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kaw kutub seterusnya memberikan kesan kanaikan aras laut dibeberapa kaw bumi.

Jerebu

1. Kejadian jerebu disebabkan oleh debu, asap, abu, habuk dan pencemar lain yang terapung di atmosfera.

2. Ia sering terjadi di kaw Bandar dan kaw perindustrian kerana kaw ini melepaskan sejumlah besar bahan pencemar udara ke atmosfera.

3. Jerebu berpunca drp kegiatan manusia spt pembakaran secara terbuka, pembakaran bahan api, pelepasan asap drp kenderaan bermotor & kebakaran hutan.

4. Jerebu bolah mengurangkan jarak penglihatan sehingga 1 @ 2 km. Ia disebabkan bahan pencemar yg dihasilkan akan menyerakkan cahaya matahari lalu menjadikan jarak penglihatan terhad.

5. Jerebu juga boleh menjejaskan kesihatan manusia. Antara penyakit yg disebabkan oleh jerebu ialah kesukaran bernafas, asma, sakit mata dan radang paru-paru.

Hujan Asid

1. Merupakan hujan yg mengandungi asid lemah iaitu nilai pH kurang drp 5.6

2. Ia berlaku apabila udara tercemar oleh gas-gas oksida spt sulfur oksida, nitrogen oksida, dan karbon dioksida.

3. gas-gas oksida ini akan larut dlm wap air bahan-bahan diudara untuk menghasilkan asid nitric dan asid sulfuric lemah. Apabila awan yg mengandungi asid terpeluwap, hujan asid terhasil.

4. Kebanyakan bahan yg menyebabkan hujan asid ialah :

a) pembakaran secara terbuka

b) pelepasan asab oleh kenderaan

bermotor

c)

asalamualaikum

hye...